
Kita dapati mayarakat yang menggunakan kelapa sebagai sumber makanan adalah lebih sihat jika dibandingkan dengan mereka yang memakan makanan moden. mereka yang memakan makanan yang berasakan kelapa kurang menderita sakit jantung, barah, arthritis,diabetis, penyakit imun dan penyakit kronik degenaratif lain yang sedang menular di seluruh dunia.Sebagai contoh di Malaysia,penyakit-penyakit kronik di atas sudah merebak dengan cepat dan menjadi kronik kerana makanan tradisinal berasakan kelapa diganti dengan makanan moden yang diproses. Banyak kajian telah dilakukan tentang kehebatan virgin coconut oil atau minyak kelapa dara. kehebatan minyak kelapa dara adalah luar biasa dan sangat unik.Ia berasakan kepada jenis-jenis lemak yang secara semula jadi ditemui dalam miyak kelapa dara. jenis-jenis lemak di dalam minyak kelapa dara termasuk lemak tepu/jenuh yang mempunyai ciri-ciri meningkatkan kesihatan secara menyeluruh. Sebagai contoh, hasil kajian daripada para penyelidik seluruh dinia mendapati kumpulan lemak dalam minyak kelapa dara adalah bersamaan dengan lemak yang terdapat di dalam susu ibu yang xecara saintifiknya ditakrikan sebagai lemak medium chain fatty acid yang boleh meningkatkan kesihatan dan meningkatkan tumbesaran bayi. Beberapa tahun kebelakangan ini, banyak kempen dilakukan oleh pengeluar minyak jagung yang mengapi-apikan keburukan minyak kelapa dara. ini adalah disebabkan oleh mereka takut jika pengguna mengetahui akan kelebihan dan keunggulan miyak kelapa dara,penjualan minyak jagung akan tergugat. Media barat pula memainkan peranan sebagai batu api untuk menakutkan pengguna tentang minyak kelapa dara sedangkan jika kita menggunakannya,kita akan mendapat seribu satu manfaat yang akan kita huraikan dalam siri artikel ini.
Kempen yang dilakukan oleh pihak barat ialah dengan mengatakan bahawa minyak tepu boleh menyebabkan penyakit jantung dan sebagainya. Sebenarnya minyak tepu yang terkandung di dalam minyak kelapa dara tidak akan menyebabkan sakit jantung kerana ia berperanan secara sinergi di dalam jenis-jenis minyak lain yang terdapat di dalam minyak kelapd dara. Jika kita mengambil minyak kelapa dara secara munasabah,kita akan dapat sembuh daripada penyakit jantung.
Minyak kelapa dara juga unik jika kita menggunakanya secara sederhana, kita boleh menguruskan badan kita. Pelik tetapi benar.
Ini disebabkan minyak kelapa dara dapat meningkatkan semua jenis lemak dalam badan kepada tenaga. Cara ini lemak di dalam tubuh akan dapat dikurangkan di dalam badan.
Secara ilmiah para saintis telah dapat membuktikan bahawa jenis-jenis lemak tepu di dalam minyak kelapa dara terkumpul dalam 2 kategori iaitu lemak rantai panjang (long chain fatty acid) dan lemak rantai pendek dan sederhana (short and medium fatty acid)
PENAWAR PENYAKIT
Setiap jenis lemak yang ada di dalam minyak kelapa dara ini mempunyai pengaruh biologi yang sangat baik untuk kesihatan manusia. Minyak kelapa dara juga secara sumula jadi mempunyai kandungan monalaurin yang sangat khusus dan hanya terdapat di dalam minyak kelapa dara.
Lemak monalaurin ini tersedia secara semula jadi didalam susu ibu.Kajian juga menunjukkan bahawa minyak kelapa dara dengan ciri-ciri semula jadinya boleh menjadi penawar kepada beberapa penyakit.
Beberapa aspek minyak kelapa dara seperti monalaurin lauricidin atau lebih dikenali secara komersialnya lauricidin telah digunakan sebagai penawar kepada penyakit seperti Hepatitis C,Herpes genital dan HIV.
Kajian klinikal menunjukkan ia sangat mujarab dan besar kemungkinan menjadi penawar kepada jangkitan virus,bakteria dan kulat. Kajian-kajian ilmiah ini banyak dilakukan oleh Profesor Dr. John J. Kabara,seorang pakar dalam bidang penyelidikan lemak lipid. Profesor John telah menerbitkan lebih daripada 200 penerbitan ilmiah dan telah mendapat 16 paten dalam bidang penyelidikan lemak. Semua kajian yang telah dijalankan oleh beliau menunjukkan kehebatan minyak kelapa dara untuk menjaga kesihatan dan menjauhkan diri daripada semua jenis penyakit kronik.
Kini Food and Drugs Administration Amerika(FDA) telah mengakui bahawa minyak kelapa dara mengubati banyak penyakit dan boleh ditakrifkan sebagai makanan yang berunsurkan nuetrisitikal yang sesuai untuk semua golongan sama ada bayi ataupun orang tua.....
